Perkembangan dunia makanan semakin berkembang dari hari ke hari, malah permintaan terhadapnya juga bertambah. Mengambil peluang yang ada, Zaisara Enterprise ditubuhkan bagi memenuhi permintaan dan keinginan pelanggan dan pada masa sama membantu membangunkan ekonomi negara.

Zaisara merupakan gabungan nama Zaiton (pemilik Zaisara Enterprise) dan anaknya, Sarah. Walaupun menerima pendidikan dari dunia yang cukup berbeza dengan dunia masakan & makanan,  kerana minat Puan Zaiton yang mendalam beliau bertekad mengusahakan perniagaan ini.

Dengan bantuan dan semangat dari ahli keluarganya terutama suaminya, En Azizul Ghazali, Zaisara teguh berdiri hingga ke hari ini.

Zaisara Enterprise secara rasminya telah didaftarkan pada 30 Januari 2007 dan menyediakan perkhidmatan menjual biskut. Sebelum ini, mereka telahpun memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan sejak lebih 15 tahun dan setiap produk biskut yang dihasilkan mereka sentiasa mengalami perubahan dari segi rasa dan kualiti.

Pengalaman sepanjang 15 tahun ini digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan biskut yang benar-benar sedap, kontemporari, dan yang pasti rasa yang asli.

 
2007-2011 © Zaisara.com dimiliki oleh Zaisara Enterprise (001666073-V)
1653/1, Jalan Saujana, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
zaisara@zaisara.com Tel: 019 343 1063/013 624 9318